SEJARAH PENUBUHAN SMK PUNCAK ALAM 3



SMK PUNCAK ALAM 3 telah mula dibuka pada 31 Disember 2013.Operasi dimulakan oleh PN. Wannoorulhuda binti Wan Noor dan Encik Mukharita bin Shaharom yang bertindak sebagai "caretaker" yang dilantik oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor. 

Sekolah ini dibina di atas keluasan tanah sebanyak 4 hektar tapak gugusan Bukit Cherakah.

Tujuan SMK Puncak Alam 3 dibuka adalah untuk menampung limpahan pelajar di SMK Puncak Alam.

Sesi persekolahan rasmi bermula pada 1 Januari 2014.

Pengetua pertama yang mentadbir SMKPA 3 ialah PN. Latifah binti Jaffar.Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Encik Mukharita bin Shaharom .Penolong Kanan HEM En.Anderil bin Abdul Rahman.Penolong Kanan Kokurikulum iaitu PN. Wannoorulhuda binti Wan Noor.

Kini,PN. Surianti binti Moharom memegang jawatan sebagai pengetua Kedua SMKPA 3 bermula pada tahun 2016.Penolong Kanan Akademik disandang oleh En. Mat Sadan bin Isman .Penolong kanan HEM disandang oleh En.Anderil bin Abdul Rahman dan Penolong Kanan Kokurikulum disandang oleh Pn. Salina binti Ahmad Tajari.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MOTO DAN MATLAMAT PENGAWAS SMKPA3