Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2016

Latar Belakang Pengawas Sekolah SMK Puncak Alam 3

Imej
    Lembaga Pengawas Sekolah SMK Puncak Alam 3 mula ditubuhkan pada awal tahun 2014.Berfungsi di bawah Lembaga Disiplin Sekolah.Pengawas secara keseluruhan membantu guru disiplin sekolah dalam menegakkan dan menguatkuasakan disiplin dan peraturan sekolah. Lembaga Pengawas Sekolah terdiri daripada Guru Pengawas dan dibantu oleh jawatankuasa yang terdiri daripada pelajar sekolah iaitu Ketua Pengawas , Penolong Ketua Pengawas dan Exco - Exco pengawas. Bilik Pengurusan Pengawas terletak di aras G blok A .Bilik pengurusan pengawas terdiri daripada 3 bilik iaitu Bilik Operasi Pengawas , Bilik Guru Disiplin dan Ruang utama.

SEJARAH PENUBUHAN SMK PUNCAK ALAM 3

Imej
SMK PUNCAK ALAM 3 telah mula dibuka pada 31 Disember 2013.Operasi dimulakan oleh PN. Wannoorulhuda binti Wan Noor dan Encik Mukharita bin Shaharom yang bertindak sebagai "caretaker" yang dilantik oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor.  Sekolah ini dibina di atas keluasan tanah sebanyak 4 hektar tapak gugusan Bukit Cherakah. Tujuan SMK Puncak Alam 3 dibuka adalah untuk menampung limpahan pelajar di SMK Puncak Alam. Sesi persekolahan rasmi bermula pada 1 Januari 2014. Pengetua pertama yang mentadbir SMKPA 3 ialah PN. Latifah binti Jaffar.Penolong Kanan Pentadbiran iaitu  Encik Mukharita bin Shaharom  .Penolong Kanan HEM En.Anderil bin Abdul Rahman.Penolong Kanan Kokurikulum iaitu  PN. Wannoorulhuda binti Wan Noor. Kini,PN. Surianti binti Moharom memegang jawatan sebagai pengetua Kedua SMKPA 3 bermula pada tahun 2016.Penolong Kanan Akademik disandang oleh En. Mat Sadan bin Isman .Penolong kanan HEM disandang oleh En.Anderil bin Abdul Rahman dan Penolong Kan